Storyteller

Storyteller
teya pronounce as tia

Wednesday, October 19, 2011

Kek Nestum | Resepi


meliurkan

It's time to bake a cake. Yey! Selain dari kek coklat dan oreo, kadang2 rasa muak..asyik sama je...so i just want to trying something new! Ini dia nestum kek yang diubahsuai oleh kitewww.haha. Seriously sedap and over manis. Sebab apa..sebab yang buat dia pun manis haha. Takla.. sebab dahlah manis patu aku pergi letak coklat lagi la manis. Recipe coklat nak jugak ke? actually better you guys letak gula aising tapi aku takda gula aising masa tu aku pun letak Coklat Ganache. Sukahati laa, kitew punyew kek! (baca hanya mengerakkan bibir) lol

Baiklah. Disini disertakan resepinya yang telah diubah.

BAHAN-BAHANNYA :
6 biji telur gred A
150 gram gula perang @ soft brown sugar
1 camca besar ovallate
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
300 gram tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan ayak)
150 ml susu segar
100 gram kacang gajus, kisar halus
160 gram nestum
160 gram mentega, dicairkan



CARA MEMBUATNYA :

o Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Putar gula perang dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur dan garam, putar pada kelajuan tinggi hingga pekat seperti adunan kueh baulu.
o Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung yang telah diayak tadi, putar rata. Masukkan susu, putar lagi. Kemudian, gunakan spatula, masukkan gajus kisar dan nestum, kaub balik dalam adunan. Akhir sekali masukkan mentega cair, kacau rata.
o Tuang dalam tin dan susun gajus atasnya(ikut citarasa sendiri) Bakar 35 minit atau hingga masak bila diuji dengan cake tester. Sejukkan kek dan ayak dengan sedikit gula aising sebagai hiasan. Boleh hidangkan....dan sedap sgt!


sumber resepi: Dapur Tanpa Sempadan




saja je letak chocolate! hehe

Kalau bosan2 taktahu nk buat kek or resepi apa, DapurTanpaSempadan dan HomeSweetHome lah yang banyak dijadikan rujukan. Sangat best! Lepas ni nak try Lasagna pulak. yummy!

No comments:

Post a Comment