Hari sabtu semalam aku menghadirkan diri di satu talk bertajuk “Gaya Hidup Sihat..”. Pada mulanya aku semacam ngantuk seperti tak cukup tidur. Tambah pulak dewan nya yang berhawa dingin dan cuacanya yang hujan pagi-pagi ni. Memang berat mata memandang! Aktiviti pagi itu dimulakan dengan senam robik, kemudian dirasmikan oleh Wakil Ahli Parlimen Johor Bahru. Program dimulakan dengan beberapa ucapan dan kemudiannya Pakar Jabatan Kesihatan. Aku tak pasti kenapa aku ikut,mungkin sebab free refreshment bak kata Dr. Rin. Aha! niat tak berapa baik disitu.
Talk yang pertama oleh doctor pakar jabatan kesihatan.
Jika membicarakan soal sihat, pasti ramai memikirkan hal fizikal yang cantik akan tetapi mereka lupa untuk menjaga kecantikan dalaman, mentally dan rohaniah hati. Sebagai contoh, seseorang yang sangat obsess untuk menjaga bentuk badan tapi pada masa yang sama beliau merokok, meminum arak dan sebagainya. Perokok terbahagi kepada dua jenis, perokok tegar dan perokok pasif. Perokok pasif adalah kita semua yang turut menghidu rokok. Kita tidak lari dari tergolong dalam golongan ini. Apabila soal rokok diutarakan, ramai lelaki berpaling muka..mereka tahu akan akibat merokok tetapi mereka merokok. Persoalannya MENGAPA? Pernah suatu ketika dahulu di Thailand seorang perokok tegar merokok, kesan dari itu beliau jatuh sakit dan diberitahu menghidapi penyakit kanser berpunca dari rokok. Beliau berang dan beliau terus menyerang kilang rokok tersebut dan kilang rokok tersebut jatuh bangkrap disaman. Oleh sebab itulah kotak2 rokok sekarang ni terdapat gambar-gambar sebenar akibat merokok. Untungnya syarikat ini mereka tidak lagi boleh disaman pun, sebagai bukti, mereka telah mematuhi syarat kerajaan dengan meletakkan gambar-gambar menarik pada rokok yang ingin dipasarkan.
Talk yang kedua oleh Dr. Nurhissam
Gaya hidup ialah usaha untuk kita mengubah hidup. Seorang pesakit kencing manis yang mengambil ubat selama 10tahun tapi masih tak baik2. Ubat yang di ambilnya betul, dalam kadar yang disarankan dan diambil berturut2. Tapi akhirnya penyakit beliau tak sembuh2. Persoalannya MENGAPA??
ADA LIMA(5) CIRI GAYA HIDUP SIHAT INSANIAH
1. NIAT
a. Tiada focus dalam niat > kesannya kepada perlakuan seterusnya menjadi tidak seimbang atau berlaku kesulitan atau kesusahan.
Contoh: pesakit kencing manis tadi diberitahu doktor "Encik.. kencing manis ni tak ada ubatnya, yang kami bagi ni ubat kurangkan gula ye cik" orang tu berkata dalam hati "haih... takda ubat penyakit aku ni.." kesannya hingga nak makan ubat pun "haih..makan ubat pun bukan boleh sembuh" ubat tu 80% tak berkesan dalam badan dengan niatnya begitu.
2. AKHLAK
a. Akhlak dikatakan response atau tindakbalas kita tanpa berfikir.
i. Keliru- cth: apabila kita pergi ke sesuatu kedai feveret kita kemudian di fikir2 nya air “apa nak minum ni…” difikirnya lama2.. kemudian the o ais nye yang di order. Yang ini keliru, dan mengakibatkan hempedu rosak.
3..
4...
5...
Selebihnya mungkin ada dalam video ni..




Jadi kepada sesiapa yang tau abc kt kl kt belah mana yang sedap? sila-sila lah bgtau ye! kalau boleh buat sendiri meme lame dah aku buat hihi.